ANDA ADALAH PEWARIS SAKA

9 Tanda Menunjukkan Gangguan Saka Dalam Badan Anda.



Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.

Apakah itu saka?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.


Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.


Apabila seseorang itu ada gangguan di dalam badannya, tidak boleh tidak, mesti akan zahir tanda-tanda gangguan pada dirinya.


Di antara tanda-tanda seseorang itu mempunyai saka di dalam badannya ialah:

1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.

Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:

4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.

Apa yang anda perlu buat?

Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.

Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.

Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.

Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.

Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud. Sebaiknya, jika anda benar-benar bersungguh-sungguh ingin membuang saka dari tubuh badan anda, sentiasalah mengamalkan ayat-ayat ruqyah atau pun amalan zikir al-Ma’thurat setiap pagi dan petang.


Sumber:

http://perawatislam.com

PERNAHKAH KAMU DITINDIH SEMASA TIDUR?

Dihimpit Ketika Tidur dan Cara Mengelakkannya


Tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya.

Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihimpit Ketika Tidur‘.




Dihimpit Ketika Tidur

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.

Satu soalan yang selalu dikemukakan ialah: “Betul ke kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”

Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.

Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja..


Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur)..



Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?

Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?

Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh..Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur)..

Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?


Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?

Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh..


Apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak.

Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri!

Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan.

Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.


Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur

Kaedah Islam
Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

"
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan.
Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.


Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring.

Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah.

Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.
Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan.

Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Sumber:

luvislam92.blogspot.my

DI ROGOL JIN TANPA DISEDARI!

TANDA TANDA SESEORANG DI ROGOL & MENGANDUNGKAN ANAK JIN


Boleh kah jin merogol manusia?
Jawapannya ialah boleh.

Bagaimana jin merogol manusia?
Jawapannya ada dalam tidur, ada separa sedar dan ada dirogol sewaktu jaga
.
Kalau dirogol / bersetubuh bolehkan manusia atau jin mengandung?
Jawapannya ialah boleh. Jin perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak jika merogol manusia lelaki dan manusia perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak ( bunian) jika dirogol jin.

Bolehkan Jin meliwat manusia?
Jawapannya ialah boleh. Ada kes yang berlaku manusia lelaki dirogol jin betina dan diliwat jin jantan berselang seli.

Adakah berpakaian seksi, terselak, seluar pendek atau tidak memakai pakaian dalam menyebabkan jin tertarik kepada manusia seterusnya menyebabkan manusia dirogol?
Jawapannya ialah tidak. Tiada kaitan pun sebenarnya pemakaian mangsa rogol jin dengan kes kena rogol dengan jin. Banyak ustaz ustaz diluar yang mengajar sebegini. sebenarnya mangsa rogol manusia kebanyakkannya dan hampir kesemuanya dirogol oleh jin kepunyaan sendiri(saka atau ambilan ilmu). Bukan oleh jin luar atau jin kepunyaan orang lain seperti sihir. bukan juga jin yang terserempak dengan anda dimana mana pun.




Mereka yang berisiko kena rogol dengan jin ni adalah mereka mereka yang suka tidur dalam keadaan..

1. Suka tidur terkangkang
2. Tidur seorang diri
3. Tidur dengan tapak tangan tebuka
4. Suka Tidur dalam keadaan telentang.

Oleh sebab itu Nabi SAW “melarang wanita tidur dalam keadaan telentang dan lelaki tidur dalam keadaan meniarap” ,Sunnah Nabi SAW sendiri mengajar agar kita tidur secara mengiring dengan mengepit kaki.

Apa tanda tanda seseorang tu di rogol jin? Pada peringkat awal inilah tanda tandanya...

1. Semasa Tidur terasa seperti dihimpit lembaga
2. Terasa seperti ada sesuatu berbaring atau tidur disebelah
3. Ternampak kelibat lembaga

Bagaimana mengesan samada seseorang di rogol jin..

1. Bangun tidur badan rasa letih
2. Ada kesan lebam di peha atau celah peha
3. Dengar seperti ada sesuatu sedang main guli
4. Mendengar seseorang berbisik di telinga
5. Ada kesan di kaki seperti corak batik

Biasanya berlaku kepada wanita yang berumur 26 - 30 tahun & wanita yang bekerjaya yang jarang memikirkan soal kahwin.


Pada permulaan mungkin seseorang itu cuba menghalang dari di rogol tapi bila berlaku kes rogol macam ni lama kelamaan, Pada peringkat akhir.. mangsa akan membiarkan perlakuan tu bila rasa tidak mampu melawan. Pada masa tu la mangsa akan mula rasa.

1. Khayal dan nikmat
2. Tidak ada nafsu ingin bercumbuan dan bersetubuh
3. Rasa tidak mahu berkahwin
4. Klimaks atau basah dgn mencapai nikmat jimak
5. ada kes tertentu wanita merasakan mengandung dan melahirkan anak dalam mimpi serta menyusukan babi atau dipanggil SAKA yg diturunkan dari anak Jin itu.
6. Ada juga kes anak yang dikandung itu hilang bila kandungan mencecah 9 bulan. Tanpa diduga. Menurut Dr Haron Din antara lain kemungkinan besar benih jin itu lebih besar dari benih manusia dan menyebabkan jin itu mengambil anaknya.

Tanda tanda wanita mengandung anak jin.

1. Emosi tidak stabil
2. Panas baran
3. Sering bersendirian dan takut dengan orang.
4. Sering bermimpi berjimak
5. tidak memikirkan tentang jodoh
6. perut buncit seperti orang mengandung tapi bila cukup bulan bayi hilang dalam kandungan

Jadi kalau isteri atau ahli keluarga anda ada mengalami simtom2 tersebut segeralah merujuk kepada pengamal perubatan Islam. Jangan biar benda tu jadi semakin teruk.. Mungkin susah nak di ubati atau menghalang perlakuan terkutuk jin tersebut.




Baca selanjutnya di:

Petikan dari:

(http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2011/05/jin-asyik-merogol-manusia-kupasan-part.html)

(http://www.lekatlekit.com/2017/02/tanda-tanda-seseorang-di-rogol.html)

Baitulmuqaddis: Angkatan Tentera Malaysia bersedia untuk memainkan peranan.

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Bersenjata (MAF) sentiasa bersedia untuk isyarat dan arahan dari kepimpinan dan ketua negara atas isu Baitulmuqaddis.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata negara perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Sebagai Menteri Pertahanan, saya yakin bahawa kami akan melaksanakan apa-apa perintah daripada komander tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.



"Ketua Umum Angkatan Tentera (Raja Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor) dan MAF pasti bersedia," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, kerika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2017, di sini semalam.

Hishammuddin berkata rancangan Amerika Syarikat untuk menjadikan Jurusalem ibu kota Israel adalah tamparan di muka untuk seluruh dunia Islam.

"Awal minggu ini, kami terkejut dengan berita yang sangat menganggu berkaitan dengan kestabilan geo-politik di dunia, marilah kita berdoa agar konflik ini tidak akan membawa kita ke ambang kemusnahan," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berjanji bahawa usaha untuk menjaga kesejahteraan anggota angkatan bersenjata, veteran dan keluarga mereka akan terus selagi dia memegang jawatan tersenut dengan sokongan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

"Kedaulatan negara bukan hnaya tentang kecanggihan dan kesempurnaan aset dan teknologinya, tetapi juga bergantung pada kesediaan tentera untuk mengorbankan hati dan jiwa mereka.

"Kami di Kementerian Pertahanan percaya bahawa anggota tentera kami boleh melakukannya apabila mereka tahu keluarga yang mereka tinggalkan selamat di jaga," katanya.



Hishammuddin juga berjanji bahawa dia akan menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia selagi beliau kekal sebagai Menteri Pertahanan.

Beliau juga membantah pembangkang yang sering mengejek kerajaan dan mencipta drama yang tidak perlu termasuk isu keselamatan negara seperti kejadian Lahad Datu, aset ketenteraan dan hak anggota angkatan bersenjata sebagai pengundi.

"Bagaimanpun, mereka adalah tentera yang mereka cari ketika ada bencana atau kekacauan," kata Hishammuddin, yang juga menyerang pihak tertentu di Pulau Pinang kerana menafikan bantuan yang diberikan oleh pasukan keselamatan semasa banjir baru-baru ini di dalam kawalan DAP negeri untuk kepentingan politik.

JENIS-JENIS HANTU

Jenis-jenis Hantu 


1. Langsuir (Balan-Balan / Penangalan)


Adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.



2. Pontianak / Puntianak / Kuntilanak 


Wanita berpakaian serba putih membalas dendam. Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.


3. Toyol


 Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.


4. Pelesit 


Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.


5. Hantu Air

Gambar hiasan

Merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.


6. Hantu Raya


Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petirHantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.


7. Hantu Pocong (Tutut)


Makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.Hantu pocong atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu bungkus merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.


8. Hantu Polong


Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.

JENIS-JENIS DADAH YANG BERBAHAYA

7 Dadah Yang Paling Berbahaya Di Dunia

Penyalahgunaan dadah adalah perosak bangsa dan negara. Apa yang dihasilkan pada mulanya sebagai tujuan perubatan, kemudiannya telah disalahgunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab, yang akhirnya membawa kepada kemusnahan komuniti di seluruh dunia.

Masalah yang sudah lama berlarutan dan semakin menjadi-jadi ini perlu diperangi habis-habisan. Namun disebabkan ada segilintir pihak yang korup dan hanya mementingkan wang ringgit, menyebabkan ia sukar untuk dihalang

Terdapat beberapa kumpulan dadah jalanan yang biasanya diambil, termasuklah :

1.Cannabinoids (ganja)

2.Opioid (heroin, candu)

3.Stimulan (kokain, syabu)

4.Dadah kelab (rohypnol, ecstasy)

5.Dissoaciative (ketamin, Sally-D)

6.Hallucinogen (shroom, cactus)

7. Lain-lain (durabolin)

iluminasi.com ingin berkongsi antara 7 dadah yang paling membinasakan di atas muka bumi.


7. Crack cocaine


Crack cocaine adalah sejenis kokain yang sangat kuat, hasil daripada pengubahsuaian dadah tersebut. Ketika kokain diperkenalkan pada tahun 1980an, harganya sangat tinggi kerana sukar untuk dihasilkan dan didapati, namun harganya jatuh selepas tersebar luas.

Ketika inilah pengubahsuaian terhadap kokain dilakukan oleh pengedar dadah, dengan menyuling kokain menggunakan serbuk penaik bagi menghasilkan kokain serbuk bertukar menjadi bentuk batu.

Tujuan penghasilan crack cocaine ini adalah kerana ia membolehkan mereka menjual dadah ini dalam kuantiti yang sedikit dan kepada ramai orang. Sejak itu, ia menjadi antara salah satu dadah yang tular dan seperti berjangkit. Dianggarkan lebih daripada 10 juta orang menggunakan dadah ini di sekitar Amerika Syarikat sahaja.



Impak negatif dan bahaya yang boleh disebabkan oleh crack cocaine adalah kerosakan organ seperti hati, buah pinggang dan paru-paru, selain kerosakan kekal pada saluran darah, mengakibatkan serangan jantung, strok dan akhirnya, kematian.

Kesan fisiologi oleh penyalahgunaan dadah ini pula adalah pengecilan saluran darah, anak mata membesar, peningkatan degupan jantung, kegelisahan, keresahan dan kebimbangan.


6. Flakka



Flakka adalah dadah yang diperkenalkan dan dipasarkan sebagai alternatif kepada ecstasy, namun kesannya adalah berbeza. Ia merupakan dadah perangsang yang dihasilkan daripada bahan-bahan yang boleh dijumpai dalam dadah amphetamine. Flakka juga dikatakan lebih berbahaya daripada kokain.

Kesan terhadap pengguna dadah ini adalah peningkatan degupan jantung dan emosi, peningkatan suhu badan kepada 41°C, hipertermia, halusinasi yang sangat kuat dan rasa marah sehinggakan boleh membunuh.


Apa yang dirisaukan adalah ia mampu memberikan kesan kekal, termasuklah kegagalan organ seperti jantung, kecelaruan, dan kerosakan psikologi kekal yang disebabkan oleh neuron yang mengawal setralin dan dopamin terjejas.


5. Heroin


Dadah heroin adalah dadah yang tertua di dunia, yang dihasilkan oleh C. R. Alder Wright pada tahun 1874. Ia digunakan sebagai ubat yang diberikan kepada pesakit untuk merawat sakit kronik dan trauma fizikal. Ia mula diharamkan pada tahun 1971 disebabkan penyalahgunaannya.

Semenjak itu, ia menjadi antara dadah yang paling merosakkan yang menghancurkan komuniti manusia. Dianggarkan seramai 13.5 juta manusia seluruh dunia yang menagih dadah ini dengan pelbagai cara termasuklah menyuntik, menyedut, dan menghisap heroin.

Kesan negatif yang boleh disebabkan oleh heroin adalah menyebabkan keradangan gusi, melemahkan otot, insomnia, dan melemahkan sistem ketahanan badan serta merosakkan saluran darah yang mana jika dibiarkan, akan menyebabkan berlakunya gangrene.


Lebih buruk, heroin akan menekan bahagian otak yang mengawal jantung dan paru-paru, yang mengakibatkan kerosakan pada otak, koma dan juga kematian.


4. Bath Salts



Jika diterjemahkan kepada bahasa melayu, ia bermaksud garam mandian, dan seperti tidak berbahaya. Namun ia bukanlah garam yang dimasukkan ke dalam tab mandian, namanya diberikan disebabkan ia dijual secara atas talian menggunakan samaran sebagai "bath salts" supaya tidak diketahui pihak berkuasa.

Dadah ini sangat berbahaya, yang dilaporkan boleh membuatkan penagihnya seolah-olah menjadi seperti zombi.

Antara kesan-kesan penagihan dadah ini adalah tingkahlaku psikiatrik yang luar biasa, gangguan mental (psikosis), suhu badan meningkat serta kemungkinan mengalami serangan jantung.


Kesan sampingan termasuk tingkah laku psikiatrik yang tidak biasa, psikosis, serangan panik dan tingkah laku ganas, halusinasi, serangan panik, tingkah laku ganas, rasa nak bunuh diri, serta kemungkinan serangan jantung dan suhu tubuh yang tinggi.

Ia juga mempunyai kesan seperti Methylphenidate, yang jika diambil dengan dos yang tinggi, boleh menyebabkan jantung berhenti berdegup.


3. Crystal Meth


Sebelum ini iluminasi.com pernah berkongsi dengan terperinci mengenai ini. Antara dadah yang paling terkenal di seluruh dunia yang dipopularkan dalam siri televisyen "Breaking Bad", Methamphetamine adalah antara dadah yang paling berbahaya dan merosakkan atas muka bumi. Ia juga mencetuskan antara masalah yang paling berat dan besar di Malaysia.

Dicipta 3 tahun selepas heroin iaitu pada tahun 1887, ia digunakan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua bagi membuatkan tentera-tentera sentiasa peka dan sedar.

Dadah ini dipercaya diberikan kepada juruterbang Jepun sebelum melakukan Kamikaze. Methamphetamine, atau nama lainnya termasuklah ais, syabu, batu dan banyak lagi adalah telah diharamkan pada tahun 1970an.

Semenjak itu ia jatuh ke tangan kumpulan gangster di Mexico yang menjadi fenomena di seluruh dunia yang kemudian sampai ke Eropah dan Asia.



Syabu telah memberikan keuntungan melebihi RM80 billion kepada kartel dadah Mexico, yang menyebabkan lebih daripada 1.6 juta rakyat Amerika ketagihan dadah ini.


Ia diambil dengan cara menghisap atau menyedut, lalu menghasilkan rasa seronok yang diikuti dengan rasa ghairah, peningkatan perhatian serta bertenaga, rasa cemas, kurang tidur.

Jika diambil secara berterusan, dadah berbahaya ini akan menyebabkan psikosis, kerosakan serius pada otak, kerosakan saluran darah, penyusutan otot badan, perubahan pada penampilan fizikal, dan juga kematian.

Untuk penerangan lanjut mengenai dadah ini, ikuti artikel "Tanda-tanda dan kesan pengambilan syabu".


2. Whoonga


Dadah whoonga, atau nama lainnya "Nyaope", adalah merupakan gabungan daripada bahan pencuci atau racun tikus, dengan dadah antiretroviral (ARV) yang diberikan kepada pesakit yang menghidap HIV. Ia menjadi sangat popular kerana harganya yang sangat murah, dan mudah didapati di Afrika Selatan kerana kadar penghidap HIV yang sangat tinggi di negara itu.

Disebabkan dadah ini, ramai yang dikatakan cuba untuk dijangkiti HIV kerana ARV diberikan secara percuma kepada penghidap HIV. Dan disebabkan kemiskinan yang melampau, penghidap HIV sanggup menjualkan ARV yang diterima mereka kepada pembuat dadah.



Whoonga dihisap bersama rokok, di kawasan yang dilanda kemiskinan di Afrika Selatan. Cara menghisapnya adalah dengan mencampurkannya dengan ganja lalu dihisap.

Dadah ini adalah tersangat mudah menyebabkan ketagihan, dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius seperti pendarahan dalaman, ulser pada perut, dan juga kematian.


1. Krokodil



Melihatkan kepada gambar-gambar ini, tak syak lagi, krokodil dadah yang paling berbahaya dan membinasakan di dunia. Krokodil adalah satu dadah yang menyebabkan lebih daripada 1 juta penduduk Rusia ketagihan. Antara faktor utama krokodil menjadi pilihan adalah ia mudah didapati dan harganya yang murah, sekitar RM110 setiap gram, jauh lebih murah daripada heroin yang dijual RM330 segram.


Nama krokodil diberikan kepada dadah ini disebabkan kulit penagihnya akan menjadi hijau pucat, dan bertompok hitam serta menjadi keras seperti kulit buaya. Nama lain bagi krokodil adalah "dadah zombie" kerana ia akan makan daging di dalam tubuh anda apabila disuntik. Dadah ini juga akan makan tisu-tisu dan tulang, serta gigi.



Walaupun lebih murah daripada heroin, ia dianggap akan menyebabkan bahaya yang lebih teruk kepada penagih, kerana diperbuat daripada bahan-bahan seperti ubat tahan sakit, iodin, cecair pencucuh, thinner dan asid hidroklorik.

Terdapat kes di mana kaki dan tangan penagih terpaksa dipotong disebabkan krokodil. Bahaya yang disebabkan oleh krokodil jauh lebih teruk dari syabu. Mereka yang mengambil dadah ini mempunyai jangka hayat 1 hingga 5 tahun, bergantung kepada jumlah dan kekerapan pengambilan.


Baca selanjutnya di:

https://iluminasi.com/bm/7-dadah-yang-paling-berbahaya-di-dunia.html

kredit: Kays

LAGENDA BUJANG SENANG

Bujang Senang Sarawak



CERITA mengenai buaya raksasa menghuni sungai-sungai di Sarawak bukanlah kisah dongeng bahkan nama Bujang Senang masih digeruni hingga kini. Kemunculan semula Bujang Senang, buaya jantan yang dipercayai oleh masyarakat tempatan berukuran 20 kaki panjang (enam meter) dan empat kaki (1.2 meter) lebar, bermula pada tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak.

Pada masa itu, Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga, cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai.
Sepantas kilat, seekor buaya besar timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya.

Ketika itulah Kebir menyedari buaya itu mempunyai belang putih di belakangnya. Warna itu pula kelihatan berkilau-kilauan.Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi cuma bahagian atas mayat lelaki itu ditemui. Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan ‘Operasi Buaya Ganas’ di semua sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.

Operasi itu gagal dan Bujang Senang terus mengganas. Di antara tahun 1982 hingga 1991, sebanyak 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang.
Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya.
Air Sungai Pelaban hanya sedalam separas pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan.




Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah si bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera.Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.
Entah kenapa, buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Mandau pantas melemparkan lembing ke kepala buaya itu malangnya lembing itu patah.




Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Buaya itu melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.
Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya.
Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter.

Buaya itu menemui ajal dan bangkainya diangkut ke rumah panjang selama empat jam perjalanan.
Selepas itu barulah disedari di belakangnya ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan.

Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang, selain timah dan tali nilon.
Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki).
Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja.
SESETENGAH masyarakat di pedalaman Sarawak percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar sekarang.

Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak.
Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk.
“Itulah kali pertama saya berjumpa dengan buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya,” imbau Johnson yang membuka Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi.
Katanya kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di sekitar Batang Lupar.

Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.
“Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa.

“Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino,” ujarnya.

Apa pun, ada orang yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati.
Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar.
Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf.
Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka.


Baca selanjutnya di:

https://www.ilovekch.com/ourlocalstory/3-kisah-berbeza-lagenda-bujang-senang-di-sarawak/

HIMPUNAN CERITA DAN KEJADIAN SERAM

(Penampakan Hantu Dalam Drama Popular Korea, The Greatest Love)


Satu kelibat hantu muncul dalam adegan sebuah siri drama yang sedang popular pada bulan Mei lalu di Korea, The Greatest Love. Semula, tak banyak orang yang memerhatikan, namun saat netizens memperbesar adegan tersebut, maka kelihatan kemunculan hantu itu.

Hantu itu nampak seperti perempuan dengan rambut panjang yang muncul sekilas, dan kemudian menghilang di balik tiang yang berada di belakang Dok Go Jin, watak utama lelaki yang dilakonkan oleh Cha Seung Won.


Adegan menakutkan tersebut ada dalam episod 8 siri drama yang ditayangkan oleh stesen TV, MBC. Penonton dan netizens berkeras bahawa kelibat yang nampak hanya kepala tersebut adalah hantu, lantaran muncul di ketinggian yang tak mungkin dijangkau oleh manusia biasa.


Namun sepertinya akibat kemunculan makhluk tersebut, mulai episod ke-7, atau yang tayang pada 25 Mei 2011 lalu, drama ini sempat berada di rating teratas di Korea Selatan.

Namun, apakah semua fenomena hantu yang dijumpai dalam industri hiburan Korea tersebut benar atau tidak, semua kembali ke pendapat masing-masing. Hanya saja, makhluk kasat mata tersebut memang ada, dan hanya sebahagian orang yang boleh melihat serta merasakannya.

Sumber unikversiti.blogspot.com


(Lembaga Terapung, Kemalangan Pulau Indah)




 Gambar Lembaga Terapung Di Kemalangan Pulau Indah-Ini adalah sumber dari kawan baik saya di Pulau Indah. semalam berlaku satu kemalangan maut membabit kan sebuah motorsikal. Kemalangan ini menyebabkan pemuda yang tinggal bersama ibu di Pulau Indah, maut di tempat kejadian. Pecah kepala katanya.


Salah seorang rakan telah sempat mengambil gambar kemalangan langgar lari itu. Tetapi terkejut apabila gambar itu menunjukkan satu lembaga misteri di sidemirror nya.


Tengok yang saya bulatkan. Kalau tengok nampak macam orang tapi nampak macam terapung-apung pun yea.
Salah seorang kawan telah zoom in gambar untuk dan cakap ‘orang’ itu tak de kepala. OMG.. isnt that scary. saya tak tau la nak buat kesimpulan apa , tapi saya tetap rase itu cuma orang yang menyaksikan kemalangan tersebut.

Sumber oopsshmedia.blogspot.com



(Gambar "Selfie" & Pantulan Cermin yang aneh)

Gambar selfie pasangan ini, yang pada mulanya nampak seperti sekeping foto selfie biasa telah mengejutkan orang ramai dan menjadi bualan hangat di Internet sejak semalam kerana...





Sekali pandang memang tak perasan. Tapi bila tengok betul-betul, sebenarnya ada satu kejadian paranormal berlaku dalam gambar ini di mana pantulan wanita tersebut sedang menghadap ke arah yang salah. Lebih menyeramkan, pantulan itu turut memandang kamera sambil mengukir senyuman!

Dan bila diperhatikan dengan lebih dekat, pantulan itu seakan-akan menjelmakan wajah orang lain yang tidak sama dengan wanita di hadapan. Seram!



Sumber: http://says.com/my/seismik/selfie-cermin-seram


(Penampakan 3 Makhluk 'bunian' Solat Berjemaah di Gunung Jerai)




Sekeping gambar yang sedang tersebar di media-media sosial di dakwa memperlihatkan sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat menjadi telah menjadi pertikaian.

Gambar bunian berjemaah di gunung Jerai  tersebut pada asalnya dimuatnaik bertujuan untuk memaklumkan berkenaan penampakan entiti a.k.a orang bunian yang sedang bersolat jemaah seperti mana yang dibulatkan.

Namun begitu, timbul pertikaian apabila beberapa pendapat menyatakan mengenai keistimewaan tempat tersebut hingga menimbulkan kekeliruan pengguna media sosial yang lain.


Foto yang dipercayai diambil oleh kakitangan TM sewaktu selepas membuat pemeriksaan keatas pencawang TM waktu petang di puncak Gunung Jerai Kedah pada hari Ahad baru-baru ini (22.06.2014) kini tersebar meluas di Facebook.

Selain itu juga tao ada jumpa satu gambar yang dimana mungkin boleh merungkai misteri bunian ini namun begitu andaian tao tidak sangat tepat hanya Allah yang tau apakah benar di dalam gambar tersebut adalah benar-benar bunian ataupun ianya adalah majlis ilmu yang berlangsung di kawasan tersebut. Cuba korang semua lihat gambar di bawah ini.



Kalau di perlihatkan gambar ini dan diatas.. persamaanya adalah pagar yang berwarna putih dan coraknya. Berkemungkinan gambar bunian yang di perkatakan itu adalah majlis ilmu di kawasan itu tetapi mereka tidak perasan. Bagaimana pula dengan pendapat anda? 

Sumber taotauajer.blogspot.com


(Mati terkunci dalam locker)


Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam locker supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar. Maybe kawan-kawan dia la kot kunci sebab tak tahu dia ada kat dalam.

Dia cuba panggil kawan-kawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara, pelajar tersebut pun mati. Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Ditambah seram lagi, setiap tengah malam jumaat, akan ada dengar bunyi locker tu diketuk dari dalam.

Tragedi ini dikatakan berlaku di Maktab Tentera Darat, Sungai Besi.

Dipetik dari www.lekatlekit.com.




INDIVIDU YANG PATUT DITARIK LESEN MEMANDU SAMPAI BILA-BILA...

16 kompilasi gambar dimana yang mustahil boleh jadi realiti, tapi keselamatan, kos, dan risiko diatas talian... 1. Mungkin anak peremp...