6 Himpunan ciptaan kuno yang masih belum ada penjelasan dari saintis...Enjoy gais!
1.Misteri resepi keluli Damascus masih menjadi misteri
Kembali kepada peristiwa Perang Salib, banyak orang Eropah yang tertanya-tanya dengan pedang yang digunakan oleh pahlawan Islam ketika itu "pedang boleh memotong sehelai saputangan yang terapung diudara, ia juga boleh membengkok 90 darjah tanpa sebarang kerosakan". Terus kepada abad ke-21, resepi yang di panggil "Damascus steel" masih menjadi misteri. Pedang yang dihasilkan pada zaman itu seakan-akan dibuat dari bahan "crucible steel"(dibuat dari besi cair dangan campuran bahan tumbuhan" Tapi tidak seorang pun yang tahu apa bahan "crucible steel" yang secara spesifik untuk menghasilkan pedang yang sebegitu.
2. Misteri kalender astrologi "Mekanisme Antikythera".
Ditemuan dalam dasar laut pada tahun 1901, alat yang rumit itu seakan-akan telah dibuat sekitar akhir abad ke-2 SM. Alat ini menghitung dan memaparkan informasi informasi mengenai langit , terutamanya seperti kitaran bulan dan kalendar luni-solar. Tapi pada dasarnya masih tidak diketahui siapa yang mencipta, menggunakan, dan fungsi yang sebenar alat ini. Ciptaan alat ini juga begitu kompleks dari alat-alat lain yang ditemukan sekurang-kurangnya satu milenium sesudahnya.
3. Zhang Heng's seismoskop (alat pengesan gempa bumi)
Alat pertama untuk mengesan gempa bumi adalah benda ini dari sekitar 132 AD. Gambar ini hanyalah sebuah replika, tapi korang dapat gambarannya kan...bagaimana ia berfungsi ialah: ketika gempa bumi, salah satu naga, masing-masing mewakili arah utama kompas, akan meludah bola ke mulut katak, menandakan haluan gempa itu. Ada yang mengatakan bahawa alat ini boleh mengesan gempa bumi yang berlaku di lokasi asing sejauh 400 batu.
4. Ketidakjelasan pembuatan pedang lagenda Vikings (ulfberht)
Vikings mungkin menggunakan teknik atau material dari pencipta Damascus steel untuk membuat pedang lagenda mereka "Ulfberht". Ketika para arkeologi menemukan pedang Vikings ini, mereka terkejut kerana teknologi yang diperlukan untuk menghasilkan logam asli belum wujud pada zaman itu sehinggalah 800 tahun kehadapan. Namun pada tahun 2014, sebuah makam Vikings abad ke-9 telah ditemukan di Scandavania dengan sebuah ukiran tulisan Islam bermaksud 'Untuk/kepada Allah'.
5. Cakera Phaistos
Ditemukan pada tahun 1908 di Crete, alat cakera dari tanah liat berukaran 6-inci diameter ini berasal dari sekitar 1700 SM dan memiliki 241 "kata-kata" dicipta dari 45 simbol individu, yang disusun dalam bentuk lingkaran.
6. Tiang besi di Delhi yang tidak berkarat
Berusia lebih dari 1600 tahun telah membuat saintis membahagi pendapat berkenaan keanehan tiang itu kepada ketahanan terhadap karat. Terdapat dua aliran pendapat: kumpulan Environment mengakaitkan dengan suhu sederhana di Delhi, India. Manakala kumpulan kedua, kumpulan Materials mengatakan, kehadiran "phosphorus", dan "Sulfur" dan "mangamese" di dalam besi, serta "jisim yang besar tiang itu".