HIMPUNAN CERITA DAN KEJADIAN SERAM

(Penampakan Hantu Dalam Drama Popular Korea, The Greatest Love)


Satu kelibat hantu muncul dalam adegan sebuah siri drama yang sedang popular pada bulan Mei lalu di Korea, The Greatest Love. Semula, tak banyak orang yang memerhatikan, namun saat netizens memperbesar adegan tersebut, maka kelihatan kemunculan hantu itu.

Hantu itu nampak seperti perempuan dengan rambut panjang yang muncul sekilas, dan kemudian menghilang di balik tiang yang berada di belakang Dok Go Jin, watak utama lelaki yang dilakonkan oleh Cha Seung Won.


Adegan menakutkan tersebut ada dalam episod 8 siri drama yang ditayangkan oleh stesen TV, MBC. Penonton dan netizens berkeras bahawa kelibat yang nampak hanya kepala tersebut adalah hantu, lantaran muncul di ketinggian yang tak mungkin dijangkau oleh manusia biasa.


Namun sepertinya akibat kemunculan makhluk tersebut, mulai episod ke-7, atau yang tayang pada 25 Mei 2011 lalu, drama ini sempat berada di rating teratas di Korea Selatan.

Namun, apakah semua fenomena hantu yang dijumpai dalam industri hiburan Korea tersebut benar atau tidak, semua kembali ke pendapat masing-masing. Hanya saja, makhluk kasat mata tersebut memang ada, dan hanya sebahagian orang yang boleh melihat serta merasakannya.

Sumber unikversiti.blogspot.com


(Lembaga Terapung, Kemalangan Pulau Indah)




 Gambar Lembaga Terapung Di Kemalangan Pulau Indah-Ini adalah sumber dari kawan baik saya di Pulau Indah. semalam berlaku satu kemalangan maut membabit kan sebuah motorsikal. Kemalangan ini menyebabkan pemuda yang tinggal bersama ibu di Pulau Indah, maut di tempat kejadian. Pecah kepala katanya.


Salah seorang rakan telah sempat mengambil gambar kemalangan langgar lari itu. Tetapi terkejut apabila gambar itu menunjukkan satu lembaga misteri di sidemirror nya.


Tengok yang saya bulatkan. Kalau tengok nampak macam orang tapi nampak macam terapung-apung pun yea.
Salah seorang kawan telah zoom in gambar untuk dan cakap ‘orang’ itu tak de kepala. OMG.. isnt that scary. saya tak tau la nak buat kesimpulan apa , tapi saya tetap rase itu cuma orang yang menyaksikan kemalangan tersebut.

Sumber oopsshmedia.blogspot.com



(Gambar "Selfie" & Pantulan Cermin yang aneh)

Gambar selfie pasangan ini, yang pada mulanya nampak seperti sekeping foto selfie biasa telah mengejutkan orang ramai dan menjadi bualan hangat di Internet sejak semalam kerana...





Sekali pandang memang tak perasan. Tapi bila tengok betul-betul, sebenarnya ada satu kejadian paranormal berlaku dalam gambar ini di mana pantulan wanita tersebut sedang menghadap ke arah yang salah. Lebih menyeramkan, pantulan itu turut memandang kamera sambil mengukir senyuman!

Dan bila diperhatikan dengan lebih dekat, pantulan itu seakan-akan menjelmakan wajah orang lain yang tidak sama dengan wanita di hadapan. Seram!



Sumber: http://says.com/my/seismik/selfie-cermin-seram


(Penampakan 3 Makhluk 'bunian' Solat Berjemaah di Gunung Jerai)




Sekeping gambar yang sedang tersebar di media-media sosial di dakwa memperlihatkan sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat menjadi telah menjadi pertikaian.

Gambar bunian berjemaah di gunung Jerai  tersebut pada asalnya dimuatnaik bertujuan untuk memaklumkan berkenaan penampakan entiti a.k.a orang bunian yang sedang bersolat jemaah seperti mana yang dibulatkan.

Namun begitu, timbul pertikaian apabila beberapa pendapat menyatakan mengenai keistimewaan tempat tersebut hingga menimbulkan kekeliruan pengguna media sosial yang lain.


Foto yang dipercayai diambil oleh kakitangan TM sewaktu selepas membuat pemeriksaan keatas pencawang TM waktu petang di puncak Gunung Jerai Kedah pada hari Ahad baru-baru ini (22.06.2014) kini tersebar meluas di Facebook.

Selain itu juga tao ada jumpa satu gambar yang dimana mungkin boleh merungkai misteri bunian ini namun begitu andaian tao tidak sangat tepat hanya Allah yang tau apakah benar di dalam gambar tersebut adalah benar-benar bunian ataupun ianya adalah majlis ilmu yang berlangsung di kawasan tersebut. Cuba korang semua lihat gambar di bawah ini.



Kalau di perlihatkan gambar ini dan diatas.. persamaanya adalah pagar yang berwarna putih dan coraknya. Berkemungkinan gambar bunian yang di perkatakan itu adalah majlis ilmu di kawasan itu tetapi mereka tidak perasan. Bagaimana pula dengan pendapat anda? 

Sumber taotauajer.blogspot.com


(Mati terkunci dalam locker)


Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam locker supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar. Maybe kawan-kawan dia la kot kunci sebab tak tahu dia ada kat dalam.

Dia cuba panggil kawan-kawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara, pelajar tersebut pun mati. Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Ditambah seram lagi, setiap tengah malam jumaat, akan ada dengar bunyi locker tu diketuk dari dalam.

Tragedi ini dikatakan berlaku di Maktab Tentera Darat, Sungai Besi.

Dipetik dari www.lekatlekit.com.




13 GAMBAR HANTU YANG TIDAK SENGAJA DITANGKAP DI MALAYSIA

Kompilasi foto-foto Paranormal.

Hantu Kereta Api


Pengantin dah izinkan share. Just nak bagitahu kat kawasan Gemas lokasi kejadian penampakan tu dekat dalam gerabak kepala keretapi yang dah lama terbiar. Sekadar berkongsi je. Saya pon tak perasan gambar yang diambil dari smartphone ni. Pengantin yang tegur masa nak buat picture profile sebab masa kat lokasi 4 orang saja dalam kepala keretapi tu. Pembantu saya ada di belakang. Jadi? Pengantin naik selepas tu. Waktu kejadian ketika waktu Maghrib hampir tiba..


Penampakan Hantu Berambut Panjang



Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Lokasi di ICity, shah Alam. Tiada pula info disertakan bersama gambar ini. Tak dapat dipastikan adakan amoi sama sibuk nak posing ke atau pun benar-benar penampakan hantu.


Penampakan Kepala di Tingkap


Penampakan kepala di luar melalui cermin tingkap. Situasi ini berlaku di restoran  KFC. Kepala tersebut boleh dilihat jelas apabila gambar di zoom ke arah tingkap restoran itu.


Hantu Budak Sekolah


Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.


Hantu Kereta Remuk


Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.


Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap


Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.


Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan


Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.



 Jelmaan Di Balai Polis Tinggal


Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.


 Lembaga Putih Memegang Batu Nisan


Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.


Pocong Di Kawasan Kilang 


Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.


Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada


Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud


Jelmaan Wanita India Dalam Cermin


Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.


Wanita Kebaya Merah


Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Selatan.


Sumber:

http://www.superkiram.net/2017/05/14/seram-13-gambar-hantu-yang-tidak-sengaja-ditangkap-di-malaysia1/

20 Gambar Hantu Ditangkap dalam Foto kamera.

Bergantung kepada situasi anda, gambar hantu berikut sama ada akan membuatkan anda tak dapat tidur malam atau membuat anda ketawa. Juga, kebanyakan gambar berikut telah diperiksa oleh pakar-pakar untuk memastikan mereka tidak diubahsuai. Ada gambar yang akan membuat anda menggaru kepala dan ada yang akan membuatkan anda meremang bulu roma. Mungkin anda akan mula melihat sesuatu daripada sudut mata anda. Selepas melihat semua gambar ini, kita hanya boleh berspekulasi tidak kiralah apa perasaan yang kita rasa semasa melihatnya. Satu perkara yang pasti, hantu mempunyai tabiat yang pelik untuk menyelitkan diri mereka dalam gambar-gambar yang diambil oleh kamera.



1. Lelaki dalam pakaian angkasawan



Pada 23 Mei 1964, ahli bomba Jim Templeton dari Cumberland mengambil beberapa gambar keluarganya melepak di paya. Beliau mendakwa tidak ada orang lain di sekeliling kecuali beberapa wanita tua duduk di dalam kereta. Dia telah mengambil gambar ini, dan Kodak kemudian mengesahkan bahawa gambar ini tidak diubahsuai. Ramai yang percaya individu di dalam gambar tersebut adalah seorang pengembara angkasa.


2. Hantu yang nak sertai parti



Dua gambar diambil berturut-turut di sebuah hotel di Austria pada tahun 1988. Sekumpulan rakan-rakan membuat keputusan untuk mengambil gambar sempena perpisahan mereka. Seorang lelaki telah menetapkan pemasa pada kamera dan kemudian bergegas untuk duduk bersama. Kamera mengambil gambar, tetapi flashnya gagal berfungsi. Beliau mengulangi proses yang sama, dan kamera berfungsi dengan betul pada percubaan kedua ini. Hanya apabila menyemak semula filem itu mereka mendapati ada tetamu tambahan yang duduk sekali semasa gambar diambil kali pertama


3. Hotel Decebal



Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhkan diri dari hotel kerana rosak, tetapi mungkin mereka juga harus diberi amaran mengenai hantu! Terdapat khabar angin hantu menyerupai seorang wanita memakai jubah putih yang dikatakan melindungi harta dikebumikan di bawah hotel Romanian ini. Gambar ini, yang diambil pada tahun 2008, adalah yang pertama untuk menangkap imej hantu wanita tersebut.


4. Corroboree Rock



Diambil di Alice Springs, Australia, pada tahun 1959. Ada yang berpendapat gambar ini adalah permainan cahaya atau kesan pendedahan berganda. Apapun isunya, bentuk separa telus wanita tersebut adalah jelas. Orang yang mempunyai imaginasi lebih tinggi telah mendakwa entiti tersebut adalah seorang pengembara masa atau pengembara inter-dimensi.


5. Robert A. Ferguson



Gambar ini diambil pada 16 November 1968. Di sini, Robert A. Ferguson, pengarang Psychic Telemetry: New Key to Health, Wealth and Perfect Living memberi ceramah kerohanian pada konvensyen di Los Angeles. Ferguson mendakwa hantu adalah adiknya Walter, yang telah meninggal dunia semasa Perang Dunia II. Mungkin ada yang mendakwa gambar adalah contoh pendedahan berganda, tetapi gambar tersebut sebenarnya adalah polaroid.


6. Hantu di Manila



Ahhh, anda mungkin berfikir hantu hanya muncul dalam bangunan usang atau bahagian terpencil hutan, tetapi hantu ini hanya mahu menikmati kehidupan waktu malam di bandar. Oleh kerana gambar ini diambil menggunakan kamera digital, jadi tidak mungkin ia adalah pendedahan berganda.


7. Juruterbang hantu



Ini adalah Puan Sayer di Stesen Arm Fleet Air di Somerset, England, pada tahun 1987. Wanita tua dan rakan-rakannya fikir ia akan menjadi seronok untuk mengambil gambar beliau mengendalikan kokpit helikopter lama ini. Dia mendakwa tidak ada sesiapa yang telah duduk di sebelah beliau, tetapi dia merasakan sejuk yang luar biasa semasa duduk dalam kokpit.


8. Lord Combermere



Foto perpustakaan Combermere ini diambil pada tahun 1891. Batang tubuh, tangan kanan dan kepala hantu jelas dilihat, tetapi hantu itu seolah-olah telah kehilangan kakinya. Ia dipercayai sebagai Lord Combermere, yang merupakan seorang pegawai pasukan berkuda. Apa yang menyeramkan, semasa gambar ini diambil acara pengebumian Lord Combermere berlaku 4 batu dari perpustakaan tersebut.


9. Madonna of Bachelor’s Grove



Gambar ini diambil di Cook County, Illinois, pada tahun 1991 oleh Persatuan Penyelidikan Hantu semasa penyiasatan paranormal yang sebenar. Tanah perkuburan di mana gambar ini diambil telah dikhabarkan berhantu, dan jurugambar itu berkata beliau tidak melihat sesiapa sebelum mengambil gambar tersebut. Sekurang-kurangnya hantu ini kelihatan baik. Apa yang dia tengah kenangkan.


10. Hantu Church Newby



Gambar ini diambil pada tahun 1963 oleh Reverend K.F. Laurd di Newby Gereja New Yorkshire, England. Apa yang menyeramkan ialah pakar-pakar foto mendakwa imej ini bukanlah hasil daripada dua pendedahan, atau dipalsukan. Tetapi satu perkara yang pasti: sekarang kita tahu di mana pengarah filem Scream yang mendapat idea untuk penjahat.


11. Tangga Tulip



Menteri bersara Ralph Hardy dari British Colombia mengambil gambar ini pada tahun 1966. Beliau hanya cuba untuk menangkap tangga Tulip yang indah di Muzium Maritim. Malangnya hantu yang berkelubung ini telah merosakkan gambar yang diambil. Tambahan pula, Kodak memeriksa negatif gambar ini dan mendakwa ia tidak diubahsuai.


12. Wajah di Watertown



Pada tahun 1927 James Courtney dan Michael Meehan mati akibat tersedut gas semasa pembersihan tangki air di SS Watertown. Mereka berada di laluan antara Panama Canal dan New York City, jadi kedua-dua lelaki telah dikebumikan di laut. Tidak lama kemudian, bagaimanapun, anak-anak kapal melihat wajah kedua-dua lelaki yang terdapat di permukaan lautan. Kapten mengambil gambar ini.


13. Hantu bayi



Gambar ini diambil di Queensland, Australia, pada tahun 1946. Puan Andrews, jurugambar, telah melawat kubur anak perempuannya, yang telah meninggal dunia setahun yang lalu pada usia 17 tahun. Kemudian, pada tahun 1990-an, penyelidik paranormal Tony Healy mendapati ada dua kubur bayi perempuan yang tidak bertanda.


14. Penumpang dalam kereta



Jika anda tidak pernah suka penumpang tempat duduk belakang dalam kereta, boleh dibayangkan betapa jengkelnya perasaan bila mengetahui yang penumpang tesebut adalah hantu. Puan Mabel Chinnery mengambil gambar suaminya apabila mereka melawat kubur ibunya. Kemudian dia mendapati hantu ibunya berada di dalam tempat duduk belakang kereta suaminya.


15. Kanak-kanak di dalam kebakaran



Pada 19 November 1905, Dewan Wem Town di U.K. terbakar. Seorang penonton mengambil gambar kebakaran tersebut, tetapi selepas gambar itu diproses terdapat seorang gadis yang berdiri dengan tenang di dalam bangunan yang terbakar. Tiada seorang pun daripada anggota bomba dan mereka yang lain berkata mereka telah melihat seorang wanita. Kemudiannya timbul spekulasi bahawa gadis ini telah meninggal dunia di dewan tersebut sebelum kebakaran berlaku.


16. Hantu Boothill



Diambil di tanah perkuburan Boothill di Tombstone, Arizona. Terry Ike Clanton mengambil gambar rakannya, dan mereka cuba untuk mencipta imej koboi. Clanton, yang nenek moyang sebenarnya berjuang dalam pertempuran di O.K. Corral mendakwa tiada sesiapa di belakang.


17. Hampton Court



Pada tahun 2003 kamera keselamatan menangkap gambar ini di Hampton Court Palace di London. Penggera kebakaran telah berbunyi, tetapi apabila anggota keselamatan bergegas ke situ yang mereka mendapati pintu ditutup dan tiada siapa di sekeliling. Tetapi kamera keselamatan mengambil gambar hantu ini (digelar “Skeletor”). Ada yang telah membuat spekulasi hantu itu adalah salah seorang isteri Henry VIII.


18. Hai, datuk



Nenek ini telah berpindah ke rumah penjagaan pada 90-an dan gambar ini diambil oleh ahli keluarga semasa berkelah di rumah penjagaan tersebut. Ahli-ahli keluarga mendakwa tiada seseorang pun di belakang wanita tua ini, dan mereka mengenali hantu sebagai sebagai suami nenek, yang telah meninggal dunia beberapa tahun sebelumnya.


19. Freddy Jackson



Foto ini terdiri daripada skuadron dari Perang Dunia I dan telah diambil di pusat latihan. Terdapat muka tambahan, iaitu milik Freddy Jackson, mekanik udara yang telah meninggal dunia dalam kemalangan beberapa hari sebelumnya. Ahli-ahli skuadron yang lain mengenali muka Jackson, dan telah membuat spekulasi bahawa Freddy Jackson, tidak menyedari kematiannya, telah melaporkan diri untuk bertugas.


20. The Brown Lady



Boleh dikatakan gambar hantu paling popular pernah diambil. Diambil pada tahun 1936 di Dewan Raynam Norfolk, ramai mendakwa bahawa ia adalah hantu Lady Dorothy Walpole, isteri kedua Charles Townshend. Khabar angin mengatakan bahawa Townshend, setelah mengetahui isterinya curang, bertindak menguncinya di dalam rumah itu sehingga dia meninggal dunia. Dua teman mengambil gambar ini, dan mereka mendakwa benar-benar melihat hantu sebelum mereka mengambil gambar.



Baca selanjutnya di:

http://www.rilekslah.my/20-gambar-hantu-yang-akan-membuatkan-anda-tak-dapat-tidur-malam/

FOTO-FOTO SERAM

Penampakan Lembaga Misteri di Checkpoint Sandakan.

Kemalangan yang berlaku berdekatan Checkpoint Batu 32 Sandakan, Sabah pada pada 12:09 pagi  ini mengundang seribu persoalan apabila kelibat makhluk yang tidak dikenali telah muncul semasa gambar diambil tanpa disedari.




Menurut saksi kejadian dikenali sebagai Jabbar yang melaporkan, ketika melalui jalan terbabit, beliau hanya mengambil gambar insiden kemalangan tersebut yang membabitkan sebuah lori treler terbalik dan tidak sama sekali menyangka terdapat satu objek pelik pada gambar terbabit.

“Saya sedar ada ‘sesuatu’ hanya selepas saya meneliti balik gambar ni.” Lapor Jabbar kepada kami.




Kemunculan imej misteri terbabit menimbulkan rasa pelik dan seram kepada mereka yang melalui jalan tersebut.

“Inilah gambar yang saya dapat fresh-fresh dan hanya bulatan merah sahaja yang saya letakkan.” Ulas Jabbar.

Apa-apapun, semua yang berlaku atas kehendak Allah S.W.T.

Hanya Dia yang tahu apakah benda ini.


Wallahualam.



Terambil Gambar Lembaga Misteri

Seorang pengirim gambar telah berkongsi gambar dengan Oh! Media tentang misteri lembaga di belakang adik kecil yang merupakan anak saudaranya.

Ini katanya:
"oh media sy nk share nie pic anak sedara sy yang diambil pukul 11 mlm. Ade budak kecik warna hitam kat belakang tue baru perasan gambo nie ade budak tue taun nie"

Gambar itu jika diteliti terdapat kepala budak kecil.

Lihat gambar di bawah:











Penampakan Kuntilanak Di STKIP, Pontianak, Kalimantan Barat






Penampakan ini juga sempat viral di dunia maya. Menurut beberapa sumber, foto penampakan kuntilanak ini diambil pada waktu siang di tangga salah satu gedung Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pengetahuan Pontianak.





Lembaga di Sudut Pintu






Foto ini kelihatan normal sahaja, hanya sekeluarga berkumpul untuk menjamu makan malam mereka. Tetapi bila anda perhatikan di belakang sudut pintu, muncul kehadiran  mahluk misteri yang sedang mengintai mereka dari sudut gelap.



Pontianak muncul di Hadapan Penunggang Motosikal




Mahkluk ini muncul di hadapan seorang lelaki yang sedang menunggang motorsikal pada waktu malam untuk ke menuju ke destinasinya. Kejadian ini sempat dirakam dalam cctv yang diletakkan di kawasan itu. Kemunculan mahluk ini membuatkan penunggang itu panik dan terus lari meninggalkan motosikalnya dibelakang.




Baca lebih lanjut di: 

http://ooomedianetwork.blogspot.my

https://dagelan.co/5-foto-penampakan-kuntilanak-yang-sempat-viral-di-indonesia

http://www.masihdunialain.org/2016/06/terekam-jelas-penampakan-kuntilanak-ini.html

INDIVIDU YANG PATUT DITARIK LESEN MEMANDU SAMPAI BILA-BILA...

16 kompilasi gambar dimana yang mustahil boleh jadi realiti, tapi keselamatan, kos, dan risiko diatas talian... 1. Mungkin anak peremp...