Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin atau pun sihir:
1. Tidak berkeinginan di dalam hubungan kelamin.
Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
2. Rasa Tidak Selesa Berada Di Rumah.
Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
3. Tidak Selesa Dengan Pasangan.
Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
4. Tidak Berminat Melihat Wajah Pasangan
Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
5.Mudah Bertengkar.
Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
6. Mudah Meminta Cerai
Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
7. Mimpi Buruk.
Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
8. Melihat Lintasan Atau Bayangan Orang Di Rumah.
Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
9. Mengalami Kesakitan Yang Tidak Tahu Puncanya.
Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
Sekiranya ada tanda-tanda di atas, ada kemungkinan suami isteri itu terkena gangguan jin atau pun sihir.
No comments:
Post a Comment