CAHAYA ANEH DI SIBERIA, 2017.

Tahun lalu, sfera bercahaya yang sangat besar telah dilihat di Siberia.



Fenomena yang mengejutkan itu telah mencetuskan rasa gerun dalam kalangan penduduk kerana mereka menyangkakan ianya penampakan UFO.

Kemudiannya, barulah mereka mengetahui bahawa ianya merupakan pelancaran misil yang gagal.

Sfera bercahaya dapat dilihat pada malam 26 Oktober berdekatan pekan Siberia di Salekhard, sebuah bandar di Lingkaran Artik.



Seorang jurugambar, Sergey Anisimov yang dapat menangkap pemandangan yang cantik namun aneh itu berasa sangat keliru pada asalnya.

Sfera yang terang benderang itu mulai naik daripada belakang bahagian pokok dan menuju ke arahnya, menurutnya lagi.


Sfera itu kemudiannya menjadi separuh dan mulai hilang sedikit demi sedikit.

Pemandangan yang menakjubkan itu telah mencetuskan perasaan gerun terhadap penduduk tempatan.

Kanak-kanak di kawasan itu mulai mengaitkan keadaan itu dengan kehadiran makhluk asing di pekan mereka. Seorang lagi jurugambar, Alexey Yakovlev rasa takut apabila dia melihat fenomena asing itu, 520 batu jauhnya di Tomsk.

Apabila sfera itu menjadi semakin besar, Yakovlev mulai menjadi lebih takut. Laman media sosial mulai riuh dengan pelbagai teori dan kemungkinan bahawa ianya petanda hari kiamat atau ianya merupakan lubang hitam yang menghubungkan kontinuum masa dan ruang.

Objek misteri itu dikatakan disebabkan oleh kesan yang ditinggalkan oleh roket Topol yang mampu membawa misil nuklear.

Misil balistik Topol M itu dilancarkan dari Plesetsk Cosmodrome bagi tujuan ujian menuju ke Kamchatka Peninsula.



Empat misil balistik itu dilancarkan dan sekurang-kurangnya salah satu daripadanya dapat diperhatikan oleh orang ramai.

Ianya tidak diragui lagi bahawa pemandangan itu disebabkan oleh pelancaran peluru berpandu itu, menurut seorang pakar di Harvard-Smithsonian Astrophysics, Jonathan McDowell.

Walaupun ia belum disahkan pelancaran misil itu berjaya atau tidak, teori bahawa sfera itu dicetuskan oleh pelancaran misil yang gagal itu diterima ramai.

Kejadian ini pernah berlaku sebelum ini pada tahun 2009, di Norway apabila kegagalan ujian misil Rusia.

Sumber:

http://www.erabaru.com.my

No comments:

Post a Comment

INDIVIDU YANG PATUT DITARIK LESEN MEMANDU SAMPAI BILA-BILA...

16 kompilasi gambar dimana yang mustahil boleh jadi realiti, tapi keselamatan, kos, dan risiko diatas talian... 1. Mungkin anak peremp...