Malah makanan yang mudah seperti telur diplasukan di China. Beberapa syarikat yang tidak bertanggungjawab di China didapati menghasilkan keuntunggan yang besar dengan membuat telur palsu. Ia kelihatan seperti telur sebenar, tekstur berlendir sebelum dimasak dan bila dimasak seolah-olah seperti telur yang asli. Telur rebus palsu boleh melantun seperti bola getah. Telur palsu ini dibuat daripada gelatin, pewarna makanan, air dan terbungkus dalam kulit telur lilin.
2. Beras palsu
Banyak vendor dan restoran di china telah dilaporkan menjual beras palsu yang di buat dari bahan yang sangat mirip dengan plastik. Ternyata, beras ini dibuat dengan mencampurkan kentang dengan resin industri sintetik yang berbahaya kepada manusia. Menurut mangsa yang memakan nasi palsu ini, ia tetap keras walaupun dimasak dalam masa yang lama, dan sukar dicerna, menyebabkan banyak kesan negatif kepada perut. Seorang pegawai Persatuan Restoran China melaporkan bahawa makan tiga mangkuk beras palsu ini bersamaan memakan sehelai kertas. Cara untuk mengenali beras palsu ini adalah dengan membakar sebutir beras dengan mancis dan jika teciuam seperti bau plastik, beras itu palsu. Selain itu, masukkan sebutir beras ke dalam minyak panas, jika ia larut maka beras itu adalah palsu.
3. Daging palsu
Penjual makanan di China yang tidak bertanggungjawab menambah bahan kimia dalam daging dan mencampurkan bahan lain seperti tikus, minks dan rubah lantas mejualnya seperti daging kambing. Skim ini begitu popular sehingga polis berjaya menangkap lebih 900 orang dan merampas lebih 20,000 tan daging palsu ini dalam masa hanya 3 bulan. Dilaporkan bahawa tahap E. Coli dalam daging palsu ini "secara seriusnya melampaui piawai keselamatan".
4. Madu palsu
Terdapat dua jenis madu: madu tiruan, yang merupakan campuran madu dan sirap gula, sirap bit, atau sirap beras: dan madu palsu, yang kelihatan seperti madu asli yang mungkin sukar untuk dibezakan. Ia diperbuat dari campuran air, gula, alum (sejenis kompaun kimia), dan pewarna.
5. Kacang hijau palsu
Kacang hijau palsu dibuat daripada snow peas, kacang soya, bersamaan dengan pewarna hijau dan metabisulfite natrium (bahan kimia yang digunakan sebagai peluntur dan pengawet). Pewarna ini dilarang digunakan kerana ia boleh mendatangkan kanser, serta menghalang keupayaan badan untuk menyerap kalsium. Anda boleh mengenal pasti kacang hijau palsu ini jika ia tidak melembut ketika direbus dan air akan berubah warna kepada hijau kesan dari pewarna yang luntur.
6. Garam palsu
Garam dihasilkan untuk tujuan perindustrian juga boleh dijumpai di China. Berhati-hati agar anda tidak membeli garam dari china kerana ia juga mungkin mengandungi garam perindustrian. Mengambilnya garam ini boleh menyumbang kepada darah tinggi, masalah tiroid, dan risiko serangan jantung serta strok.
Sumber; juicing-for-health.com
No comments:
Post a Comment