5 KES MISTERI DI SABAH YANG TIDAK BOLEH KITA LUPA

Kes-kes yang menggemparkan satu Sabah satu masa dulu. Mungkin kebanyakan kita tau pasal semua kes di bawah. Mungkin ada juga yang first time dingar. Apa yang sudah berlaku dengan ni kes semua? Bagi rakyat umum nya tiada sudah perkembangan lanjut. Kah ada update terbaru?




1)  KES PEMBUNUHAN DATUK NORJAN KHAN BAHADAR


Info publik:
  • Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar merangkap timbalan menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah.
  • Dijumpai mati oleh chambermaid Shangri-La Hotel Bandaran Berjaya kira-kira 9 am pada Feb 11, 2004 di bilik nombor 208 
  • “Her head was smashed in and she had been stabbed in the neck.” Menurut akhbar NST (berbeza sedikit dari segi fakta akhbar lain)
  • Suspek: Azman Bakar @ Samsuddin Mustamin, 27 tahun pada masa itu. Tahun ini 2015 dalam lingkungan 37 tahun lah dia
  • Tuduhan kepada suspek digugurkan atas sebab tidak cukup bukti 
Nota:
  • Ada CCTV, pita rakaman diambil pihak siasatan 
  • Artikel Tranungkite.net 
  • Tiada suspek, tiada motif dan tiada saksi



2) DOUBLE SIX TRAGEDY


Info publik:
  • Kapal Terbang jenis GAF Nomad N.22B  Buatan Australia 
  • Krew 1, Penumpang 10
  • Mangsa termasuk Ketua Menteri Sabah yang pertama, Tun Fuad Stephens , Datuk Salleh Sulong, Datuk Wahid Peter Andu, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain Vun dan Datuk Darius Binion
  • Senarai nama lain: Anak lelaki Tun Fuad Stephens, Johari, Dr Syed Hussien Wafa, Ishak Atan, Corporal Said Mohammad dan pilot Captain Nathan Ghandi
  • Kapal terbang dikatakan ‘stalled’ dan jatuh terhempas semasa pendaratan
  • Penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu
  • Kapal terbang milik Sabah Air
  • Dipanggil “Double Six” sebab berlaku pada 6/6/1976
Nota:
  • Banyak spekulasi
  • Laporan siasatan masih lagi tidak diberi akses umum
  • Punca sebenar nahas tidak diketahui
  • Tengku Razaleigh Hamzah mungkin orang hidup yang paling last jumpa dia
  • Tengku sudah pakai safety belt dan Datuk Harris Salleh ngam-ngam ajak dia ikut kapal terbang lain (tinjau projek ladang sapi) 
  • Datuk Jeffrey, Borneo Post
  • Sharing pengalaman si Razaleigh 


3) 14 GAJAH PYGMY MATI KENA RACUN



Info Publik:
  • Dijumpai mati January 2013
  • 14 ikur semua
  • Kandungan perut sudah di buat analisis 
  • Mengandungi kandungan “arsenic, cadmium, iron dan chromium” yang tinggi
  • Berlaku di kawasan hutan Gunung Rara, dekat Tawau
Nota:
  • Belum ada suspek
  • Bahan begitu biasanya kena pakai di kawasan lombong atau tempat pemerosesan buangan (tapi area ni memang tiada berdekatan)
  • Seperti disengajakan
  • Motif tidak diketahui
  • Yayasan Sabah akan siasat
  • Setakat ini belum ada laporan umum tentang penangkapan suspek
  • Spekulasi tentang kenapa tiada update dan kerahsiaan bilang sebab pasal ladang sawit di sekitar ada kaitan sama ‘orang tertentu’



4) ANNIE JOHN DISMAS



Info Publik:
  • Mendapat liputan luas di laman sosial
  • Keluarga dan rakan-rakan nya berabis bantu share tentang kehilangan dia dengan harapan ada yang dapat jejak / kenal pasti di mana-mana
  • Berasal dari Kudat dan bekerja sebagai seorang jururawat
  • Pergi ke KK bersama tunangnya untuk tujuan menghadiri kursus
  • Dilaporkan hilang pada 9 Oktober 2010 (Sabtu) lepas dia tidak balik rumah
  • Mayat dijumpai pada 12 Oktober 2010 (Selasa) di kawasan Taman Kingfisher di dalam sebuah longkang
  • Suspek termasuk tunang dan juga dua lagi individu ditahan reman 
Nota:
  • Setakat ini tiada info online terbaru untuk kes ini
  • Laporan berita sebut “had injuries to her head and a broken rib.” 
  • Tiada info umum berkenaan punca kematian



5) PEMBUNUHAN FATHER DE WIT, PADERI ST. PETER KUDAT



Info Publik:
  • Hampir tiada info menyeluruh yang dapat di cari secara online
  • Merupakan Paderi Gereja St. Peters, Kudat
  • Kediaman nya di kawasan gereja diceroboh oleh individu yang tidak dikenal pasti
  • Dibunuh kejam dipercayai menggunakan senjata tajam seperti parang
  • Tarikh 28 Ogos 1983
Nota:
  • Tribute to Fthr. De Wit by Agatha Lai 
  • Tiada suspek




No comments:

Post a Comment

INDIVIDU YANG PATUT DITARIK LESEN MEMANDU SAMPAI BILA-BILA...

16 kompilasi gambar dimana yang mustahil boleh jadi realiti, tapi keselamatan, kos, dan risiko diatas talian... 1. Mungkin anak peremp...