Bagaimana keadaan tubuh badan seseorang itu juka berada di tempat sejuk pada suhu di bawah 0 darjah celcius berjam-jam lamanya? Tentu ia sesuatu perkara yang menyiksakan. Terdapat satu kejadian yang menakjubkan telah berlaku kepada seorang wanita yang bernama Jean Hilliard. Jean merupakan seorang gadis remaja yang pada ketika itu berusia 19 tahun.
Pada tanggal Disember 1980, Jean dalam perjalanan pulang ke rumah orang tuanya di Lengby, Meinnesota setelah menemui rakannya. Jean memandu kereta dengan berhati-hati disebabkan jalanraya pada ketika itu agak licin kerana diselaputi salji yang tebal.
Malang tidak berbau apabila kereta yang dipandu oleh Jean hilang kawalan secara tiba-tiba setelah melalui laluan yang berais dan menyebabkan dia terbabas ke dalam parit. Akibat dari kemalangan tersebut keretanya rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi pada waktu itu. Walaubagaimanapun Jean terselamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius.
Keadaan cuaca pada ketika waktu sangat sejuk disebabkan salji yang tebal dan berangin, suhu pada waktu itu adalah -22 darjah celcius. Apa sahaja perkara boleh berlaku dalam keadaan cuaca sebegini seperti hiportermia iaitu suhu badan turun secara mengejut sehingga boleh menyebabkan kematian. Jean tidak mempedulikan keadaan cuaca di luar dan lantas keluar untuk mencari bantuan.
Jean berjalan menuju ke rumah rakannya yang terletak sejauh 3 kilometer dari tempat kejadian tersebut. Apabila hampir tiba di laluan rumah rakannya, tubuh Jean mula merasa berat dan terus pengsan. Keadaan ini disebabkan oleh tubuh Jean yang mengalami keletihan dan juga penghidratan disebabkan kekurangan air dalam badan.
Jean ditemui kaku pada jam 7 pagi oleh Wandy iaitu rakan yang dia ingin temui untuk meminta bantuan. Tubuh badan Jean menjadi kaku dan keras disebabkan tubuhnya diselaputi oleh salji yang tebal selama berjam-jam. Jean terus dibawa ke hospital dengan harapan dapat diselamatkan walaupun ianya sesuatu yang mustahil kerana dirinya sudah beku.
Dr George yang memeriksa keadaan Jean tidak yakin bahawa dia dapat diselamatkan disebabkan badan mangsa terlalu keras seperti daging yang baru dikeluarkan dari peti ais. Bagaimana untuk melakukan rawatan kerana segala jenis jarum tidak dapat menembusi tubuh badannya disebabkan semuanya dalam keadaan keras. Pemeriksaan juga mendapati bahawa jantung Jean berdegup perlahan iaitu 8 degupan selama seminit.
Apa yang mampu dilakukan oleh doktor tersebut hanya meletakkan beberapa pek hangat di sekeliling tubuh Jean dengan harapan alat itu dapat memanaskan serta meningkatkan suhu badan Jean. Pada jam 1 tengahari Jean mula sedarkan diri setelah menjalani proses pemanasan badan. Setelah 2 jam sedarkan diri, Jean mula mengalami kekejangan yang teruk.
Walaupun Jean sudah sedarkan diri, namun dia di khuatiri mengalami kerosakan otak yang serius dan juga mengalami frostbite yang sangat parah sehingga menyebabkan kakinya dipotong. Gadis ini sangat bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang komplikasi tersebut.
Jean mula menggerakkan tangannya setelah sehari selepas sedar. Jean dimasukkan ke dalam ICU selama 6 hari seterusnya dipindahkan ke wad biasa selama 49 hari. Para doktor begitu kagum dengan kejadian tersebut kerana ia sesuatu jarang berlaku dalam sejarah perubatan.
No comments:
Post a Comment